Monday 4 July 2011

Kembar Dalam Perut Maut

Kesian pula saya tengok harian metro hari ini, seorang ibu yang hendak melahirkan anak kembar terbunuh dalam kemalangan semasa ambulans dalam perjalanan hendak membawanya ke hospital. Menurut berita tersebut, kemalangan itu terjadi disebabkan pemandu hendak mengelak seekor anjing melintas jalan dan menyebabkan hilang kawalan.

Walaubagaimanapun, polis masih lagi menjalankan siasatan dan keluarga mangsa telah pun dihubungi. Saya tak tahulah bagaimana agaknya perasaan keluarga mangsa. Kepada keluarga mangsa, saya harap tabahkanlah hati dalam menerima berita ini.

Berita penuh : Harian Metro

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home