Tuesday 12 July 2011

Rogol warga emas: Penjara 14 tahun dan rotan kekal

Bodoh, peniaga susu segar yang tiada otak. Lebih baiklah kau menjadi binatang. Makcik yang umur warga emas tu pun nak rogol. Dah ler kau tu dah ada anak isteri masih tak puas lagi ke. Tapi hukuman yang kau dapat tu, memang padan dengan muka. Biar kau rasa sebatan yang memang sangat sakit. Pastu penjara 14 tahun pula,erm lagi padan dengan muka.

Nama perogol : Ahmad Nazari

Umur : 48 tahun

Hukuman : 6 sebatan dan 14 tahun penjara

Tempat kejadian : Ladang getah Kuala Muda, Kedah.

Sumber Asal : Utusan Malaysia

Wednesday 6 July 2011

Perhatian Kepada Pelajar UITM!

Seluruh Pelajar UiTM

LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011


Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.
Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -
A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”


Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-
“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-
“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-
(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or
(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -
“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.

Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan
“Seseorang pegawai tidak boleh –
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”

Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.


Sekian dimaklumkan.
DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc
Naib Canselor

Monday 4 July 2011

Kembar Dalam Perut Maut

Kesian pula saya tengok harian metro hari ini, seorang ibu yang hendak melahirkan anak kembar terbunuh dalam kemalangan semasa ambulans dalam perjalanan hendak membawanya ke hospital. Menurut berita tersebut, kemalangan itu terjadi disebabkan pemandu hendak mengelak seekor anjing melintas jalan dan menyebabkan hilang kawalan.

Walaubagaimanapun, polis masih lagi menjalankan siasatan dan keluarga mangsa telah pun dihubungi. Saya tak tahulah bagaimana agaknya perasaan keluarga mangsa. Kepada keluarga mangsa, saya harap tabahkanlah hati dalam menerima berita ini.

Berita penuh : Harian Metro

Saturday 2 July 2011

Tendangan Paling Mengancam Dunia!


                                                Sumber Pic:online-funny-pictures.blogspot.com

Sakit memang tak terkata kalau kena macam ni...Apa pendapat anda?

Tumbukan Baca SMS Suami

Hanya untuk memeriksa telefon bimbit, isteri terpaksa menerima padah apabila ditumbuk oleh suaminya. Wanita tersebut berusia 27 tahun dan mengandung dua bulan, kejadian ini berlaku pada pukul 2:30 pagi semasa suami sedang tidur.

Tujuan mangsa memeriksa telefon bimbit adalah kerana curiga dengan tingkah laku suaminya.

Berita Penuh...

Friday 1 July 2011

myMetro | Jual isteri bayar kereta

myMetro | Jual isteri bayar kereta

KUALA LUMPUR: Seorang suami durjana memaksa isterinya melacur semata-mata ingin mendapatkan wang untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, di Bukit Bintang, di sini, bukan kali pertama wanita berusia 25 tahun itu diperlakukan sedemikian, sebaliknya lebih sepuluh kali dalam tempoh hampir setahun lalu.

Suami yang berusia lewat 20-an dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memaksa isterinya menjual tubuh apabila kesempitan wang dengan dia bertindak sebagai ‘bapa ayam’ untuk mencari pelanggan.

Tidak tahan dengan tindakan jijik suaminya, mangsa yang meloloskan diri daripada kawalan suaminya membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, tengah hari kelmarin.


Sumber polis berkata, dalam laporannya mangsa memberitahu dia melarikan diri daripada suaminya selepas selesai melayan seorang pelanggan di sebuah hotel murah di Bukit Bintang.

Belasah Kerana RM 1

Pelajar sekarang ni dah macam samseng, pergi sekolah pun dah rasa tak selamat apatah lagi di luar sekolah. 

Berita terbaru ni pulak, seorang pelajar sanggup tumbuk pelajar lain kerana RM 1.Pelajar yang nak kene tumbuk tu sebenarnya berjalan sorang-sorang je, pastu datang lah yang sorang ni mintak duit. Mintak punyer mintak, tak nak bagi pulak. Ape lagi, kena tumbuk lah pelajar tu.
Adui, ape nak jadi lah...